Friday, May 25, 2012

Ketentuan Ilahi - mengenal erti kesyukuran dan kesabaran


Assalamualaikum para pembaca.


Memang penat bila buat 3 kerja dlm satu masa. Bukan mudah nak senang, tapi inilah pengalaman yg mendewasakan kita. Dari Isnin hingga Jumaat, jika saya tiada job shooting, saya akan bekerja di restaurant family saya dari 8.00am hingga 6.30pm. Bila saya cakap saya bekerja di restaurant family, ramai yang akan kata "wah! restaurant memang sentiasa ada pelanggan" sedangkan yang nyatanya tidaklah seperti yang disangkakan lebih-lebih lagi yang bekerja disana hanya 5 orang dimana ibu, abah, saya, adik sepupu saya dan part-time pebantu tukang masak yang menahan penat bekerja dengan gaji yang amat sedikit.

Saya memang ada terfikir untuk mencari kerja lain but, haruskah saya membiarkan ibu dan abah saya bekerja mcm org gila? Niat dihati, saya memang inginkan ibu dan abah saya rasa hidup mewah dan disebabkan itulah saya tukarkan hobi photography saya kepada business. Dengan berbekalkan pengalaman sewaktu saya bekerja di studio dan di chinese bridal house pada tahun 2011, dan dengan bermodalkan camera canon 1000D (ada juga camera yg disewa/pinjam), saya cuba dan beri yang terbaik untuk pelanggan saya dan hasil dari job photography itu saya gunakan utk membiayai kos study photography saya. Mula-mula memang susah untuk mendapat kepercayaan kerana portfolio saya amat sedikit. Tetapi, alhamdulillah, ada juga yang menempah. Saya tidak akan hampakan mereka yang membantu saya untuk terus kehadapan.


Pada hari Sabtu dan Ahad pula, bila saya tiada job wedding, saya akan habiskan masa rehat saya ber'outing' dengan member-member club Photographic Society of Negeri Sembilan dimana saya akan belajar dengan mereka. Untuk pengatahuan anda semua, the Photographic Society of Negeri Sembilan club ini merupakan club fotografi yang tertua di Negeri Sembilan dan ahli-ahli mereka kebanyakannya mempunyai title master in photography.

Pada mereka yang mengenali saya, inilah kenyataan, takdir dan ketentuan Allah yang harus saya turuti. Anda lihat saya senyum dan senang hati sedangkan yngg nyatanya diri ini sedang bersabar dan berusaha menguatkan diri agar tidak berputus asa. Saya korbankan waktu rehat saya, saya korbankan waktu untuk luangkan masa dengan kawan-kawan, dan saya korbankan hati dan perasaan saya untuk bercinta kerana saya tahu, ujian yang saya lalui ini sangat berat dan saya hadapi semuanya seorang diri.

Inilah kenyataan dan mudah-mudahan, cita-cita dan impian saya tercapai. Insyaallah..

Tuesday, April 10, 2012